Thursday, August 25, 2011

Slimming tips

salam all..
terbaca satu artikel di internet.. dia ada bagi beberapa tips untuk slim.. wah akak suka dik... tapi boleh ikut ker...

nak kurus ni bukan setakat seminggu tak makan, terus berat akak turun 5 kg dik.. kalau time posa2 ni pun, cuma makan time berbuka, badan akak masih maintain.. maintain tembam... tapi rasanya, kain ni dah longgar sikit lah... 

tips yg dia bagi ni, katanya kalau kita amalkan 3 - 4 tips pun je dah cukup untuk jadi slimmer.. bayangkan kalau kita amalkan semua dik.. wahhh.. confirm kena tukar satu almari baju dik...

petua pertama : AIR!. minum air sebanyak 8 gelas sekali semua orang pernah dengar... cuba ingat, masa buka puasa kita akan minum air byk2... lepas tu dah tak leh makan.. sebab apa??.. perut dah penuh dik... so, next time, sebelum makan minum dulu supaya perut kita dah penuh dengar air... kenyang dah!...


petua kedua : minum teh.. tips ni sama macam no1 . kadang2 bila dah malam sikit, kita rasa lapar kan??.. kalau kita layankan rasa lapar tu, huh sure banyak lah kita makan.. dah tu, malam2 dah tentu kita tak buat banyak kerja.. so, calori pun berkuburlah di dalam badan kita.. so, untuk elakkan rasa lapar tu, cuba minum teh kegemaran kita.... sekurang-kurang2 perut kita terisilah dengan air teh yang lazats itu.. sekali gus mengurangkan rasa lapar yang kita rasa... amacam?.. ada setuju???

petua ketiga : menidakkan rasa lapar.. kalau tiba2 suatu ketika anda berasa lapar, teringin nak makan pizza, ice cream, atau apa2 yang seangkatan dengannya... ambil tempoh bertenang.. jangan terus ambil telefon, call utk delivery, atau pun ambik kunci kereta terus pergi kedai runcit pak Ali ... ambil masa 15 minit untuk lupakan kelaparan itu.. lepas 15 minit belalu, anda pasti keteringinan itu tidak terasa lagi... (kalau lapar jugak, cuba tengok kat dapur, ada buah epal tak... kalau tak de, ambik kunci kereta, gi kedai beli buah yer...)

petua keempat : jangan skip meal... cuba makan 5 hingga 6 kali sehari dengan jumlah yang sedikit-sedikit.. makanya metabolisme anda akan lebih cepat terbakar berbanding makan 3 kali sehari.. (and jangan skip lunch.. rasa lapar akan menghantui anda sampai ke malam.. dah tu, malam nanti dah terdouble pulak sebab qada yang lunch punyer... mcm tu bila nak kurus dikkk.. )

untuk yang selebihnya, akan kak sya postkan pada lain kali yer... babai...

credit to slim here

0 comments:

the cantik manis shoppe © 2008 Por *Templates para Você*